PERIBAHASA

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:


(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
     Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
     Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
     Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
     Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.


CONTOH

Anak emas
[Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya]


Bertikam lidah
[Bertengkar; berdebat]  


Gelap mata 
[Hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta]


Khabar angin
[Berita yang belum tentu benarnya]  


Telinga kuali
[Tahan hati menerima kemarahan]  
 

Sumber : Wikipedia, Tutor

Leave a Reply