PERIBAHASA

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

CONTOH

Bagai duri dalam daging
[Sesuatu hal yang tidak menyenangkan] 
 
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
[Pasangan yang sama padan dan sama cantik] 

Seperti anjing dengan kucing
[Adik-beradik yang suka bergaduh]

Laksana pohon kayu tidak berbuah
[Ilmu yang tidak diamalkan]

Umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
[Walaupun dipelihara dengan baik tetapi tidak mempunyai kebebasan]  

Sumber : Tutor

Categories:

Leave a Reply